Air Masak Ke Yang Anak Anda Bawa Ke Sekolah?

Kenapa air masak penting sangat untuk anak-anak yang sedang membesar?

Sebagai seorang ibu, antara perkara pertama yang kita akan pastikan anak kita bawa untuk ke sekolah ialah botol air. Perkara ini sangat penting selain dari membawa buku dan alat tulis.

Ada kalangan anak murid ini membawa air kosong, ada juga yang membawa air manis. Tidak salah pun memberikan air manis kepada mereka.

Sebagai ibu bapa, apa yang kita mahukan pastilah memberi yang terbaik buat mereka. Kita mahu anak-anak ini dapat minum, cukup minum, tidak lelah dan dahaga sewaktu berada di sekolah. 😊

Semua ibu di dunia juga maklum akan kepentingan air. Anak-anak kecil kita memang memerlukan air yang cukup.

Sedangkan kita yang bekerja di bawah penyaman udara juga terasa haus dan dahaga, inikan pula anak kita yang hanya belajar dalam kelas yang terasa bahangnya tanpa penyaman udara.

Anak Mengantuk
Anak Mengantuk

Menurut kajian, murid-murid akan lebih cepat penat berbanding rakan-rakan mereka yang membawa air ke sekolah. Mereka juga dilihat kurang aktif sepanjang pembelajaran sedang berlangsung.

Cuba bayangkan, mereka belajar dari awal pagi hingga tengahari. Apabila masuk waktu tengahari, memang ramai anak murid yang akan syahid. πŸ˜‚

Sekarang, kita sudah tahu kepentingan anak-anak kita membawa botol air ke sekolah.

Tetapi, ada satu perkara yang si ibu mungkin kurang cakna – jenis air yang perlu murid bawa.

Air Masak Atau Air Manis?

Apa yang dapat dilihat, murid-murid pada hari ini lebih banyak membawa air manis berbanding air masak. Benar, air manis juga tetaplah bernama air.

Namun tahukah ibu-ibu sekalian, anak-anak kita ini hanya memerlukan dua sudu gula sahaja sehari. Ha, hanya dua sudu gula. 😱

Makanan seharian seperti nasi juga sudah mengandungi gula. Itu belum kira lagi jajan atau manisan yang mereka makan. Ditambah pula dengan air manis yang kita bekalkan untuk mereka. Sudah berapa banyak kandungan gula yang diterima oleh anak kecil kita?

Bahaya Terlebih Gula
Bahaya Terlebih Gula

Bila kandungan gula lebih di dalam badan, anda juga tahu bukan penyakit apa yang akan menyerang.

β€œTapi, anak-anak pun boleh diserang diabetes ke?”

YA!

Dianggarkan lebih sejuta kanak-kanak menghidap diabetes di seluruh dunia, dan bilangan mereka akan terus meningkat pada kadar 3 hingga 5 peratus setiap tahun. Lazimnya, kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 15 tahun ini menghidap diabetes jenis 1.

Simptom Diabetes Jenis 1

Antara tanda diabetes jenis 1 ialah:

β€’ Lapar atau dahaga yang melampau.
β€’ Kerap kencing semasa tidur.
β€’ Kerap kencing.
β€’ Keletihan yang melampau.
β€’ β€˜Mood’ yang berubah-ubah secara abnormal.
β€’ Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.
β€’ Jangkitan kulat.
β€’ Pigmentasi atau warna tidak sekata di bahagian-bahagian tertentu di badan.

Siapa yang mahu melihat anak mereka diserang penyakit? πŸ˜₯

Ibu mana yang sanggup melihat intan payung hati mereka diserang diabetes ketika masih muda?

Buat para ibu, anda boleh lakukan perubahan sekarang. Ubahlah bekalan air daripada air manis kepada air masak.

Mungkin pada mulanya, anak-anak ini akan merengek dan merajuk. Walau bagaimanapun sebagai ibu, kesihatan mereka merupakan tanggungjawab kita.

Jika nak lagi tips untuk Buah Hati Pengarang Jantung anda, boleh download ebook ini : Kaedah Praktikal Tingkatkan Kualiti Kesihatan Anak-Anak.
Tip Menggalakkan Anak-Anak Mengambil Air Masak Yang Mencukupi
Botol Air Kegemaran Anak
Botol Air Kegemaran Anak

Antara tip untuk para ibu gunakan agar anak-anak mengambil air masak dengan mencukupi adalah dengan memberikan bekas minuman kegemaran mereka.

Pasti mereka meminati watak kartun kegemaran mereka seperti My Little Pony, Thomas And His Friends, Boboiboy, Hello Kitty, Didi, dan sebagainya. 😍

Anak-anak ini akan teruja untuk minum pada bekas minuman kegemaran mereka.

Kita juga boleh memberi imbuhan kepada anak-anak jika mereka berjaya menghabiskan air masak dalam bekas minuman mereka. Mungkin kita boleh membawa mereka berjalan-jalan pada hujung minggu.

Tetapi awas! Pastikan mereka tidak menipu. 😜

Air Sejuk
Air Sejuk

Antara tip lain, kita bekalkan air sejuk kepada mereka. Anak-anak ini memang suka dengan air sejuk, walaupun sekadar air sejuk kosong. Dalam masa yang sama, kita sebagai ibu bapa perlulah menjadi role model dengan meminum air masak dan mengelakkan meminum air manis walaupun ketika makan di luar.

Mari mulakan budaya baru yang lebih sihat untuk anak-anak.

Nak Lagi Tips Untuk Kesihatan Anak Anda?

Download Ebook Edisi Terhad Ini Terus Dalam Phone AndaπŸ˜ƒ Terima Kasih.

You Might Also Like

2 Replies to “Air Masak Ke Yang Anak Anda Bawa Ke Sekolah?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge