Air Yang Ditapis Itu Adalah Air Sihat

Adakah anda berikan Air Sihat kepada anak-anak anda?

Pada Oct 2018 yang lalu, media melaporkan air paip di Malaysia bersih dan boleh terus diminum Dr. Xavier Jayakumar.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
Memang air yang dikeluar dari paip boleh diminum di seluruh Malaysia, tak ada masalah. Kalau ada masalah, itu masalah tempatan, bukan loji. “(Air) yang keluar dari loji-loji di seluruh negara, 100 peratus boleh minum,” katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.

Walaupun sebelum ini Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar mengatakan bahawa air paip di Malaysia bersih dan boleh terus diminum, namun majoriti rakyat Malaysia menolak kenyataannya. 🙄

Manakan tidak. Cuba anda tanya diri sendiri, adakah anda sanggup untuk minum air secara terus dari paip rumah anda? Jangankan kita, anak kecil kita pun tak sanggup nak minum. Mereka pun tahu air paip tidak boleh terus diminum! Masalahnya, anak kita susah nak minum air kosong.

Mereka lagi suka minum manis. Bila dibawa berjalan, memang takkan pandang air kosong. Mesti nak beli air manis. Sebenarnya, jika kita beri air masak kosong, airnya memang terasa kurang sedap. Jangankan anak-anak, orang dewasa seperti kita pun kadang tidak mampu habiskan satu gelas penuh air yang dimasak terus daripada paip.

Bersihkan Air Yang Kita Minum?
Mendidihkan Air
Mendidihkan Air

Sejak dahulu lagi, kita membersihkan air yang bakal diminum dengan cara mendidihkan air tersebut. Antara alat yang biasa digunakan pastilah cerek biasa mahupun cerek elektrik.

Namun, bersih dan selamatkah meminum air dengan menggunakan kaedah ini?

Dari segi saintifik, pendidihan adalah apa yang telah digunakan untuk membasmi kuman daripada mikroorganisma. Bahkan, ketika dilakukan dengan betul, ia boleh membunuh kebanyakan bakteria walaupun bukan semua.

Bakteria dan protozoa dibunuh ketika didihan pertama, dan ia mengambil masa kira-kira tiga minit untuk membunuh yang lain. Air yang dididihkan masih mengandungi partikel seperti klorin yang tidak boleh dibasmi hanya dengan mendidihkan air saja. Ianya masih perlu penyaringan lebih lanjut untuk menapis klorin daripada air paip. 😨

Apa yang pasti, air yang panas menggelegak tidak boleh diminum begitu saja. Ianya perlu ditunggu sehingga panasnya hilang sebelum boleh diminum. Lagipun, rasa air tersebut kurang enak. Inilah juga antara punca anak-anak kita kurang dan tidak berminat untuk minum air masak. 😥

Tidak hairanlah kini begitu banyak syarikat penapis air yang tumbuh dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik. Tinggal kita sahaja untuk memilih yang mana satu.

Jika anda belum lagi download ebook edisi terhad ini, boleh miliki sekarang : Kaedah Praktikal Tingkatkan Kualiti Kesihatan Anak-Anak.
Pentingkah Air Bersih Yang Ditapis Untuk Anak-Anak?
Anak-anak Mesti Cukup Minum Air
Anak-anak Mesti Cukup Minum Air

70% tubuh badan kita terdiri daripada air. Secara mudahnya, jika air yang diberi tidak sihat, maka tubuh juga menjadi tidak sihat. Namun, jika tubuh mendapat air yang sihat, secara tidak langsung tubuh juga menjadi sihat.

Bayangkan jika anak kita berterusan minum air yang tidak cukup bersih setiap hari.

Anak-anak sekarang tidak sama seperti dahulu. Jadual mereka padat dari subuh hingga ke malam. Dari pagi sekolah, petang pula sekolah agama, kemudian mereka akan beriadah sampai ke senja. Masuk malam, hadir kelas tuisyen atau menyiapkan kerja rumah pula. 😪

Banyak tenaga yang diperlukan untuk menjana kehidupan mereka. Semestinya banyak juga air dalam tubuh yang digunakan dalam kehidupan seharian. Jika tidak, tubuh mereka akan menjadi lemah. Anak-anak kita akan cepat terasa mengantuk.

Tubuh Anak Menjadi Lemah
Tubuh Anak Menjadi Lemah

Ianya tidak menjadi masalah jika kita sendiri bekalkan air bertapis yang bersih kepada mereka. Tetapi bagaimana jika kita sekadar memberikan mereka air yang dididihkan saja?

Air yang penuh dengan klorin dan rasanya sendiri yang kurang enak, pasti membuatkan anak-anak sendiri kurang menggemarinya. Laporan daripada U.S. General Accounting Office sendiri menyebut bahawa klorin yang berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan kanser.

Kajian ini secara amnya menyokong tanggapan bahawa air yang mengandungi klorin dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser. Saya lebih suka panggil air bersih yang ditapis ini sebagai ‘air sihat’.

Terma ini dipopularkan oleh Prof Dr Muhaya, bilamana beliau sering berkongsi tentang pentingnya anak-anak kita minum ‘air sihat’ atau air bersih yang ditapis ini. Para ibu juga mesti nak anak tersayang sihat dan cerdas bukan? 😘

Beralihlah sekarang. Kita sebagai ibu bapa mereka, mampu mengubahnya. Tidak rugi untuk membelikan satu penapis air di rumah demi kesihatan keluarga kita. Mungkin kita rasa sihat dan bertenaga pada masa kini, tetapi bagaimana dengan keadaan anak-anak kita nanti?

Mereka juga layak untuk mendapat air yang bersih setiap hari. Dengan penapis air yang turut dilengkapi dengan air panas dan air sejuk, ianya juga turut memudahkan kehidupan seharian kita. Kita dapat membancuh susu anak dengan lebih mudah tanpa perlu tertunggu-tunggu.

Suami atau anak yang lebih dewasa dapat meminum air sejuk yang lebih bersih tanpa perlu menunggu untuk disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk. 😁 Nak bancuh kopi dan teh pun mudah. Adalah lebih baik andai penapis air tersebut turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan agar selamat digunakan oleh kanak-kanak.

Hati tenang, kehidupan lebih mudah, kesihatan lebih terjaga. Semuanya kembali kepada satu langkah mudah: Penapis Air / Water Filter. 👈

Nak Lagi Tips Untuk Kesihatan Anak Anda?

Download Ebook Edisi Terhad Ini Terus Dalam Phone Anda😃 Terima Kasih.

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge