Bagaimana Iklan Yang Menarik Itu Dapat Dipastikan?

Iklan yang menarik itu bukan sahaja gambarnya unik, ada model yang cantik. Bukan pula pada ayat copywriting yang padu. Tapi ia dapat dipastikan dari jumlah berapa ramai prospek yang datang kepada kita berpunca dari iklan tersebut. 🙂

Iklan Yang Menarik
Contoh Billboard Iklan Menarik

Baru sebentar KH dapat whatsapp dari pakcik, dia nak minta tolong buatkan link whatsapp. Yeah, dia ada projek baru nak buatlah tu. Orang bisnes memang otak selalu ligat. 😉

Bila kita sebarkan iklan di medium online, kita perlu mengukur keberkesanan iklan tersebut.

Cara paling mudah adalah dengan mengira berapa leads atau prospek yang menghubungi kita dari iklan tersebut.

Biasanya kita buat iklan, tepek di facebook group, whatsapp group, facebook page atau menggunakan iklan berbayar kan?

Kemudian minta prospek yang berminat untuk whatsapp kita…

Kalau dah banyak iklan kita sebarkan, bagaimana nak tahu iklan mana yang terbaik? Iklan mana yang paling menarik? Medium yang mana banyak beri respon pada iklan kita?

Cara mudah nak buat tracking adalah dengan meletakkan link API Whatsapp.

Cara nak buat link API Whatsapp untuk mengukur iklan yang menarik. 😀

KH terangkan secara step by step cara nak buat link API Whatsapp di bawah, cara ini dapat dilakukan dengan mudah jika menggunakan laptop:

(1) Tulis no whatsapp kita dengan format macam ini : 601157881557

(2) Tulis kod dan ayat pendek untuk prospek send whatsapp kepada kita.

CTH :  [W01] Saya Nak Join Team Sale

(3) Gantikan word spacing ayat pendek tadi dengan code : %20

CTH : [W01]%20Saya%20Nak%20Join%20Team%20Sale

(4) Masukkan no whatsapp dan ayat tersebut ke dalam link url ini:

https://api.whatsapp.com/send?phone=00000&text=OOOOO

https://api.whatsapp.com/send?phone=‘no whatsapp kita’&text=‘kod dan ayat

Ini contoh link url yang telah lengkap:

https://api.whatsapp.com/send?phone=601157881557&text=[W01]%20Saya%20Nak%20Join%20Team%20Sale

Letakkan link url ini ke search bar untuk lihat hasilnya.

API Whatsapp
Contoh API Whatsapp

(5) Pendekkan link url tersebut dengan menggunakan website ini : https://t2mio.com/

Masukkan link url yang panjang tadi pada ruangan yang disediakan dan pendekkan link tersebut dengan cara klik ‘shorten‘. 🙂

T2M Shorten
Pendekkan Link URL

(6) Copy link url yang telah dipendekkan tadi:

https://t2m.io/HSwCsAZX

 

Sekarang KH dah ada link API Whatsapp untuk 1 iklan. KH nak buat iklan yang menarik untuk cari agent join team sales KH. Prospek yang berminat setelah membaca iklan KH akan klik link tersebut dan terus masuk whatsapp.

Jika KH nak letak 3 iklan di tempat yang berbeza, KH akan buat 3 link dengan kod yang berbeza. 😀

CTH:

Kod [W01] = iklan di website

Kod [FG01] = iklan di facebook group 1

Kod [FG02] = iklan di facebook group 2

Dari kod ini KH dapat trace medium mana yang dapat banyak respon dari prospek. Dari situ banyak data dapat dikumpul yang dapat membantu strategi marketing seterusnya.


Anda dapat idea dari strategi kod API whatsapp yang KH sharing ini?

Kalau dah berjaya follow step by step cara di atas, copy & paste link whatsapp anda di ruangan komen ya! 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge