Cara Promosi Produk Kepada Kenalan Rapat

Bagaimana cara promosi produk yang terbaik tanpa perlu kehilangan kawan?

Untuk yang masih baru dalam bidang sales mungkin ada rasa takut untuk mempromosikan produk kepada kenalan rapat kan. 🙂

Kenalan rapat di sini termasuklah rakan sekerja, jiran dan termasuk juga keluarga serta saudara mara.

Cara Promosi Produk
Cara Promosi Produk Zaman 90an

Jadi cara yang terbaik untuk promosi produk tersebut adalah dengan cara… Jangan jual produk itu… 😛

Tapi ceritalah pengalaman menggunakan produk itu atau ceritalah apa yang ‘best’ bila produk tersebut hadir dalam hidup mereka.

KH selalu buat macam ini, cerita dulu apa yang excited masa guna produk itu dan apa hasil yang KH telah dapat. Bila ‘dia’ dah mula tunjukkan minta, barulah cerita details pasal produk, tentang ciri-ciri dan manfaatnya. 😉

Ini Cara Promosi Produk Secara Halus

Ok sebagai contoh, nak promote produk X pada friends di facebook personal.

Buat 1 post bercerita. Tapi kena ada headline yang ‘umph’ untuk tarik pembaca.

CTH: Ini kaedah yang saya praktikkan untuk jadikan membaca sebagai kegemaran anak-anak saya.

Rangka content kita dan bagi tahu mereka bagaimana produk kita dapat bantu selesaikan masalah mereka. Cerita yang baik mesti ada element emosi dalam penceritaan.

Kemudian bagi tahu mereka apa yang kita tawarkan.

Tanya mereka jika mereka berminat dengan produk yang kita tawarkan. 🙂

CTH: “Jika korang ada pertanyaan atau apa-apa bantuan boleh bagi tau saya. Atau boleh terus picit link website ini.”

Nah, kawan tak lari, malah makin suka baca cerita kita. Kesedaran tentang produk makin bertambah dan kita akan dapat follower jika terus konsisten amalkan kaedah ini. 😀

  1. Karang cerita sendiri
  2. Headline yang terbaik
  3. Content bagaimana produk dapat membantu
  4. Bagi offer
  5. Call To Action
  6. Don’t sell the product, sell the story!

Belajarlah Menjual Cerita

Belajarlah menjual cerita tentang produk yang kita nak promot itu. Cerita lebih mudah dibaca dan dihadam oleh prospek. Mereka lebih mudah menyampaikan cerita itu kepada rakan-rakan mereka. 😉

Mereka lebih percaya cerita yang dekat dengan mereka. Mereka mahu merasainya sendiri pengalaman menggunakan produk itu dan melihat hasilnya. 🙂

#TheBestNeverRest
#TheWinnerNeverQuit
#GiveUpItuMusibat

Anda belajar sesuatu? Boleh kongsikan pada KH sekarang anda sedang aktif promot produk apa?

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge