Fikiran Negatif Mengongkong Potensi Diri

Macam mana nak menghadapi orang yang berfikiran negatif? πŸ™

Bagi KH kita seharusnya menjauhi orang-orang berfikiran negatif. Walaupun tak lah sampai buang terus dari kehidupan kita. Ini kerana mungkin mereka juga adalah kawan, saudara atau orang terdekat kita.

Mungkin juga pada masa hadapan, mereka ini akan berubah kepada yang lebih baik. Malah menjadikan semangat untuk kita terus positif. πŸ˜‰

Tetapi secara dasarnya KH akan cuba untuk menjauhkan diri dari mereka kerana negative people ini akan berikan effect yang besar kepada usaha kita untuk terus mencapai impian kita.

Secara tidak sedar mereka seperti menahan semangat kita untuk terus maju dan telah meminimumkan usaha kita. Betul tak?

Fikiran Negatif
Fikiran Negatif Yang Melemaskan

Sepatutnya kita perlu sentiasa bergaul dengan orang yang peduli, fahami visi dan misi kita. Mereka dapat melihat kita sebagai seseorang yang mampu menjadi apa yang kita mahu jadi! Mampu mencapai setiap impian kita. πŸ˜€

Banyak-kali dah KH perhatikan sikap orang-orang yang negatif ini. Selalunya pandangan dan pendapat mereka menghalang kita daripada terus berkembang untuk mengejar impian kita.

Kalau kita terus menerus bergaul dengan mereka, fikiran kita akan rasa terkepung.

Sentiasa rasa bimbang tentang apa yang akan mereka fikirkan dan katakan tentang kita. Situasi akan jadi lebih genting apabila kita sedang mencuba atau berusaha lakukan sesuatu. πŸ™

Apabila kita dah nekad nak buat keputusan untuk mengejar impian atau mencipta perubahan diri. Anda rasa mereka yang berfikiran negatif ini akan muncul dan menyokong kita?

Oleh itu, jangan membuang masa dengan mereka. Doakan sahaja yang baik-baik untuk mereka. πŸ˜€

#TheBestNeverRest
#TheWinnerNeverQuit
#GiveUpItuMusibat

You Might Also Like

5 Replies to “Fikiran Negatif Mengongkong Potensi Diri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge