Ini Post Pertama Saya

Assalamualaikum. Saya Kamal Helmi (KH).

Ini entry pertama saya dalam blog ini. KH nak say Hi pada semua pengunjung blog ini. Rasa teruja sekejap… Nak berbloggerlah katakan. πŸ˜€

Kamal Helmi Blog
Kamal Helmi Blog Logo

KH sebenarnya mula aktif menjual secara online dari tahun 2009 lagi. Masa tu KH dah ada akaun Facebook Ads tau. Produk pertama KH jual adalah : tuala wanita?

Nah… seram tak? Produk tersebut ialah FC Bio Sanitary Pads. πŸ˜›

Google sendirilah, segan nak tepek gambar kat sini. Tapi itu dah jadi sebahagian pengalaman bermula dalam bidang online.

Ini produk fizikal yang pertama KH try jual guna Facebook Ads. Walaupun sebelumnya banyak lagi produk lain KH telah jual, tapi semuanya adalah produk digital, dengan cara menyertai program affiliate.

Banyak website dan facebook page telah dihasilkan sehingga hari ini. Tapi KH nak jemput anda semua follow page ini :

Facebook Page : KamalHelmi.My

Instagram : KamalHelmiDotMy

Dipendekkan cerita, banyak lagi senarai produk fizikal dan digital yang telah berjaya dijual sehingga KH pula tawarkan service facebook marketing pada client yang memerlukan.

Oklah cerita sikit-sikit dulu, banyak lagi yang KH nak kongsi dalam blog ni.

KH nak penuhkan blog ini dengan something valuable yang boleh menambah nilai anda, sebagai pembaca. πŸ˜‰

KH suka berkongsi tentang perkara yang selalu KH pohon pada Allah SWT.

Tentang kebahagiaan, tentang kesihatan dan tentang wang ringgit.

Jadi entry saya seterusnya KH bercadang untuk banyak sharing tentang perkara-perkara ini:

  1. Pengalaman KH sendiri
  2. Motivasi
  3. Kesihatan fizikal, mental dan spiritual
  4. Marketing
  5. Sales
  6. Bisnes

Ya, perkara yang sama seperti doa yang selalu KH panjatkan setiap hari kepada tuhan yang Maha Esa.

“Ya Allah, Ya tuhanku, ampunkanlah segala dosa-dosaku, kurniakanlah aku rezeki kebahagiaan yang menenangkan, kurniakanlah aku rezeki kesihatan yang berpanjangan, kurniakanlah aku rezeki wang ringgit dan harta benda yang berkat serta melimpah ruah.”

Amin Ya Rabb…

Mohon kawan-kawan sekalian Aminkan ye πŸ™‚

KH juga mohon perkara dan hajat yang sama buat anda semua. Amin

Sampai jumpa nanti pada entry yang seterusnya

#TheBestNeverRest
#TheWinnerNeverQuit
#GiveUpItuMusibat

Thanks With Love
Kamal Helmi (KH)

You Might Also Like

2 Replies to “Ini Post Pertama Saya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge