Makan Malam Di Le Petit Chef Elements

Pada bulan Jun 2019 yang lalu KH berpeluang makan malam di Le Petit Chef Elements.

‘Tempat makan’ Le Petit Chef Elements ini berada di tengah-tengah ibu kota, bangunan bersebelahan Zouk Club.

Le Petit Chef Elements
Le Petit Chef Elements

KH dapat peluang dinner di tempat exclusive ini pun kerana dapat reward dari Sales Manage KH, yaitu SM KekNa (renamohd.com). 😀

Tempat ini memang KH anggap exclusive, sebab harga 1 kepala makan di sini pun hampir RM300.00 tau. Fuhh tak pernah terfikir nak ber-dinner dengan harga macam itu. 😛

Tapi rasa bangga pun ada dapat makan di sini, ya lah dalam beratus fighter sales bawah organisasi SM KekNa KH berjaya terpilih, alhamdulillah. Jumlah yang joint makan sekali seramai 32 orang semuanya.

Menu yang disediakan pun nak kata sedap sangat itu tak ada lah, mungkin tekak orang kampung memang tak feeling sangat untuk makan menu macam ini.

Tapi dari segi presentation sebelum menu dihidangkan memang terbaik. Naik mencanak selera nak makan bila tengok dia punya presentation. 😀

Bayangkan chef terkecil di dunia tunjukkan cara masak dan hidangkan menu betul-betul depan KH, memang rasa teruja.

KH tak nak cerita panjang-panjanglah… nah, rasakan sendiri mood dinner di Le Petit Chef Elements

Sorry rakaman amatur untuk video Le Petit Chef Elements. 🙂

First Course
“Bouillabaisse” – Prawn and Crab Bisque with Koji Seabream, Hokkaido Scallop, Japanese Surf Clam, Cognac, Saffron Aioli 

Second Course
“Tail Spin” – Butter Roasted Fresh Water Jumbo Prawn, Foie Gras Reduction, American Sauce, Avruga Caviar and Sabayon with Polenta Cake

Main Course
“Le Beouf” – Tenderloin Beef with Bordelaise Sauce, Pommes al a Robuchon, Charred Broccoli and Konbu Butter Glazed Carrot

Dessert
Malted Vanilla Ice Cream with Dehydrated Meringue, Aerated Valrhona 70% Dark Chocolate and Strawberry Orange Blossom Sauce, Caramelized White Chocolate Bavarois

Dah tengok semua presentation dia? Bagi KH keistimewaan makan di sini lebih kepada pengalaman unik dengan persembahan yang mengujakan sebelum makanan terhidang di atas meja.

Itu sahajalah yang KH nak sharing, KH nak ucapkan terima kasih daun keladi kepada SM KekNa atas reward yang telah diberikan, esok-esok belanjalah lagi… 😀

Reward CS Team
KekNa CS Team

Ada ke yang pernah makan di sini? Kongsikan pengalaman anda pula…

Summary
Review Date
Reviewed Item
Menu & Presentation
Author Rating
31star1star1stargraygray

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge