Masa Sesuai Close Sales Prospek

Bila masa yang terbaik untuk kita beritahu harga dan lakukan close sales pada prospek?

Ini cerita close sales secara online, guna medium whatsapp, messenger atau telegram. 🙂

Close Sales Prospek
Whatsapp Messenger Telegram Logo

Mungkin ada yang rasa tidak pasti atau rasa macam perkara ini jadi punca kita tak dapat untuk close sales. Kalau betul ada rasa penasaran, oklah, KH kongsikan di sini. 😉

Apa akan terjadi jika kita beri harga produk terlalu awal?

Dalam situasi tersebut, selalunya prospek memang belum sedia untuk membeli. Mereka belum percayakan kita. Jadi jualan sukar untuk terjadi.

Sebenarnya prospek tak faham atau tak nampak value dari produk atau service kita.

Bila mereka tak nampak value, mereka akan fikir harga yang telah kita berikan tadi mahal dan tidak berbaloi.

Apa pula terjadi bila kita terlalu lambat beritahu harga?

Kadang-kala kita dah berjaya buat engagement. Ada 2 way komunikasi. Kita pula berjaya kuasai perbualan.

Tapi bila terlalu panjang berjela atau sudah lebih dari 24 jam, nak close sales juga sukar untuk dilakukan.

Mereka sebenarnya telah hilang excited nak beli atau dah lupa kerana busy dengan urusan lain. 😛

Jadi bila masa yang sesuai untuk beritahu harga dan buat close sales pada prospek?

KH selalu akan pastikan 2 langkah ini telah lakukan:

1) Pastikan mereka telah faham betul produk kita.

Setelah beri info produk, tanya mereka, tuan/cik puan ada pertanyaan tentang produk?

Jika ada pertanyaan, bantu mereka. Jika tiada mungkin mereka dah faham.

2) Tanya mereka tentang apa masalah yang mereka sedang hadapi sekarang.

Kalau kita bukan jual produk penyelesaian masalah, kita mungkin jual produk base on keinginan contohnya jual lipstik, tanya mereka kenapa mereka nak beli lipstik ini?

Lontarkan pertanyaan seperti kita seorang kawan. 🙂

“Sis, hujung minggu ada dinner ker sis? Kenapa sis nak beli lipstick ni?”

Tujuan utama adalah, nak tahu kenapa prospek nak beli produk kita.

Mengapa KH selalu bertanyakan soalan macam itu?

Bila kita tanya tentang masalah yang mereka hadapi, kita berpeluang untuk bantu mereka.

Kita berpeluang untuk jadi ‘trusted’ konsultan mereka.

Tunjukkan kita ‘care’ dengan masalah mereka dan bantu selesaikan masalah mereka dengan kaitkan manfaat produk kita yang mana sesuai untuk selesai masalah mereka.

Andai kata kita tiada apa masalah untuk diselesaikan. KH akan dapatkan pula apa alasan mereka nak beli produk kita ini.

Kemudian KH akan semarakkan lagi minat & ‘excitement prospek. Yakinkan mereka yang tindakan mereka betul dan bantu mereka buat pilihan. 😉


KH tanya lagi… Bila pula nak beritahu harga pada prospek dan seterusnya lakukan close sales?

Jawabannya adalah, bila 2 langkah di atas telah anda lakukan. 😉

Pernah tak anda guna 2 langkah yang KH kongsikan ini? 

You Might Also Like

2 Replies to “Masa Sesuai Close Sales Prospek”

    1. Terbaik pantun ni, tapi tak reti nak balas pula..
      Terima kasih daun keladi,
      Esok-esok mai singgah blog saya lagi… 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge